Friday 27 January 2012

Konsep dan Kepentingan Takaful



Konsep Takaful

Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan pesertanya. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong- menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun (saling bekerjasama).

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan. Islam amat menggalakkan sifat tolong- menolong atau menyediakan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah.Agama islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara- perkara yang baik.
Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasullulah s.a.w yang antaranya:-


"Allah akan sentiasa membantu hamba- Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain"

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad & Imam Abu Daud)



"Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan ALLAH, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam keadaan kesusahan"

(Diriwayatkan oleh Imam Al- Bukhari & Imam Muslim




Mengapa Anda Perlu Menyertai Takaful? 






1. Sebagai satu perlindungan sekiranya musibah menimpa diri dan keluarga
2. Suatu bentuk simpanan  dan pelaburan jangka panjang
3. Suatu bentuk perlindungan kepada pendapatan anda
4. Menolong mereka yang dalam kesusahan
5. Menguatkan ukhuwah sesama umat Islam
6. Bersesuaian dengan konsep tawakkal, di mana setiap manusia perlu berusaha dalam setiap pekerjaannya



Sistem Takaful

  • Pematuhan kepada hukum Syarak dan tertakluk kepada Akta Takaful 1984
  • Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad Tabarru', Mudharabah dan Wakalah
  • Pihak syarikat sebagai Pengendali risiko
  • Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat bekerjasama dan tabarru'
  • Bebas daripada gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba
  • Mendapat pengawasan daripada Bank Negara dan Majlis Pengawasan Syariah
  •  Keuntungan akan dikongsi bersama diantara pengendali takaful dan peserta

No comments:

Post a Comment