Tuesday 31 January 2012

PruBSN Link Series (SmartLink)

Plan Yang Ditawarkan
  • Smartlink                 (Umur 14 hari hingga 18 tahun)
  • Firstlink                   (Umur 19 hingga 25 tahun)
  • Takafullink              (Umur 26 hingga 70 tahun)
  • Takaful Ummah
  • Takaful Puteri & Puteri Plus

SMARTLINK



PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.



Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 14 hari hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 70, 80 atau 100 tahun.












Senarai manfaat dan penerangan...

1- Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan


Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.
Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%

Sebab kematian terdiri kematian biasa


2- 36 Jenis Penyakit Kritikal

  • Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
  • Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan.
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3- Kemalangan (Mati atau Lumpuh)

  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
  • Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan).
  • Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity).
  • Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%).

TAKAFUL HEALTH2 (MEDICAL CARD)


Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Jaminan pembaharuan tiada port-folio akan dibatalkan.

1) Elaun Hospital, ICU, Bedah & Lumpuh

  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
  • Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.
  • Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan
  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

2) Khairat Kematian

  • Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah
  • Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut


3) Premium Percuma

Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya:

  • Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Pembayar meninggal dunia, lumpuh kekal keseluruhan (TPD) atau mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.


4) Pulangan Pelaburan

  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda.
  • Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.


KESEDARAN BAHAWA PENTINGNYA TAKAFUL KEPADA ANAK ANDA YANG MANA HARUS ANDA MENITIKBERATKAN


P/S: Dengan adanya Takaful Smartlink ini,  tiada lagi keperitan dalam kehidupan anak anda..




Friday 27 January 2012

Konsep dan Kepentingan Takaful



Konsep Takaful

Pada asasnya, sistem takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan pesertanya. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong- menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta'awun (saling bekerjasama).

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan. Islam amat menggalakkan sifat tolong- menolong atau menyediakan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah.Agama islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara- perkara yang baik.
Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasullulah s.a.w yang antaranya:-


"Allah akan sentiasa membantu hamba- Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain"

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad & Imam Abu Daud)



"Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan ALLAH, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam keadaan kesusahan"

(Diriwayatkan oleh Imam Al- Bukhari & Imam Muslim




Mengapa Anda Perlu Menyertai Takaful? 






1. Sebagai satu perlindungan sekiranya musibah menimpa diri dan keluarga
2. Suatu bentuk simpanan  dan pelaburan jangka panjang
3. Suatu bentuk perlindungan kepada pendapatan anda
4. Menolong mereka yang dalam kesusahan
5. Menguatkan ukhuwah sesama umat Islam
6. Bersesuaian dengan konsep tawakkal, di mana setiap manusia perlu berusaha dalam setiap pekerjaannya



Sistem Takaful

  • Pematuhan kepada hukum Syarak dan tertakluk kepada Akta Takaful 1984
  • Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad Tabarru', Mudharabah dan Wakalah
  • Pihak syarikat sebagai Pengendali risiko
  • Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat bekerjasama dan tabarru'
  • Bebas daripada gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba
  • Mendapat pengawasan daripada Bank Negara dan Majlis Pengawasan Syariah
  •  Keuntungan akan dikongsi bersama diantara pengendali takaful dan peserta

Monday 16 January 2012

Pengenalan Prudential BSN Takaful

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Sebelum saya terangkan lebih lanjut tentang produk2 yang ditawarkan di PRUBSN TAKAFUL ni, saya ingin perkenalkan dahulu tentang takaful ni.Bak kata pepatah 'TAK KENAL MAKA TAK CINTA' betul x? >_<









Prudential BSN takaful Berhad telah diberi kepercayaan dan kelulusan untuk mengurus industri takaful daripada Bank Negara Malaysia pada awal tahun 2006. Kerjasama antara dua syarikat yang utuh seperti Prudential Holdings (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) telah melahirkan syarikat Prudential BSN Takaful.


Hari ini Prudential berbangga menjadi salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan yang terbesar di dunia. Prudential telah berkembang di Malaysia sejak 80 tahun lalu manakala BSN yang dilancarkan pada tahun 1974 mempunyai 9 juta pelanggan dengan 400 cawangan di seluruh negara. Ia didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Kekuatan jenama dan identiti kedua-dua syarikat ini telah menghasilkan peluang kepada PruBSN untuk terus maju dalam industri Takaful di Malaysia.


Visi PruBSN adalah untuk menjadi penyedia penyelesaian kewangan Syariah bertaraf dunia. Ini kerana di PruBSN, We Understand, We Care.




APA YANG KAMI TAWARKAN????


  • Medical Card
  • Education Plan
  • Retirement Plan
  • Saving Plan
  • Investment Plan
  • Protection Plan
  • Haji Plan